SUFI HARAKI
this site the web

Rahim Allah yang pelik

lokasi bukit tursina



"maha suci engkau ya Allah, aku bertaubat kepadamu dan  aku orang yang pertama-tama beriman". 

Demikianlah kata-kata nabi Allah musa sebaik sahaja terjaga dari pengsannya diatas bukit tursina akibat melihat akan cahaya Allah yang dipintanya. Dengan Rahimnya Allah nabi musa diselamatkan buat sekian kalinya dari bahaya ujub yang melandanya kerana kedudukan dan kelebihannya selaku manusia terhebat zamannya yang membolehkannya berkata langsung dengan Allah. Dari hal itulah maka dia meminta suatu yang tidak pernah diminta oleh nabi2 sebelumnya iaitu melihat akan wajah Allah secara terus.


"musa berdoa : ya tuhanku, ampunilah aku da saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, dan Engkaulah yg Maha penyayang diantara para penyayang"

- Al-A'raf 151-

nabi musa memanjatkat doa tersebut setelah sedar dari kemarahan lantaran melihat kaum yang ditinggal dan diamanahkannya kepada nabi harun sesat menyembah patung anak lembu. Amarahnya itu menyebabkan dia membaling luh-luh (taurat) yg baru sahaja diterimanya di puncak tursina dan turut menyebabkan dia berkasar (akibat salah faham) kepada saudaranya Nabi Harun a.s. 

Maha Suci Allah yg memakbulkan doa nabi musa a.s. dan memasukkan mereka yang bertaqwa kedalam rahmatnya setelah mereka bertaubat dan kembali beriman kepada Allah Taala, dan sesungghnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

"sesudah amarah musa menjadi reda, lalu diambilnya kembali luh-luh(taurat) itu, dan didalam tulisannya terdapat petunjuk dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepada tuhannya"

- Al-A'raf 154-



Dosa sebagai penyedar

begitulah yang sebutkan Allah kepada baginda nabi saw dalam sepotong hadith qudsi yang mafhumnya:

dia (Allah) mentakdirkan manusia ini berdosa adalah semata2 untuk mengelakkan manusia terjebak kedalam dosa yang lebih besar yakni syirik kecil (ujub&takabbur).

begitulah kasihnya Allah kepada hambanya sehingga dia menjaga kita dari suatu bencana besar yang tidak kita sedari (ujub & takabbur), dengan mentakdirkan manusia berbuat dosa dan hasil dari dosa tersebut manusia itu merasa hina, rendah serta lemah setelah dia sedar dan bertaubat dari dosanya itu.

maka cubalah bayangkan jika terdapat manusia yang tidak berdosa (tidak melakukan sebarang kesalahan) dan hidup sepertinya malaikat yang senantiasa taat, sudah tentu manusia itu bakal merampas akan selendang kebesaran Allah secara tidak sedar dan berakhir dengan kesesatan sepertinya yang berlaku kepada azazil. Oleh kerana itu ditakdirkan semua manusia itu melakukan kesalahan dan berdosa termasuk para ambia a.s. . Cumanya para ambia itu adalah makhluk yang Allah telah sucikan kesalahan mereka dan terbimbing terus dariNya, maka jadilah mereka maksum. Sesungguhnya para ambia adalah makhluk yang paling banyak memohon ampun dari Allah dan yang paling takutkan Allah.

maka sedarlah bahawa bukan kerana dosamu yang kemudian kau disumbat kedalam neraka dan bukan kerana taatmu kemudian kau dianugerahi syurga melainkan kerana adilnya Allah kau dicampak ke neraka dan kerana rahmatnya Allah kau dikurnia syurga.


0 comments:

Post a Comment

 

sufiharaki

Mengajak anda dalam lebih teliti dan halus dalam aspek beragama dan menyampaikan masej dakwah ilAllah, kerana sesungguhnya Islam tidak akan dapat mencapai kegemilangannya kembali melainkan dengan cara ia mencapai kegemilangannya pada masa lalu iaitu dengan benar-benar menuruti sunnah baginda Rasul s.a.w

Usage Policies