SUFI HARAKI
this site the web

Nafsu, peringkat dan ciri-cirinya


Nafsu adalah salah satu dari elemen penciptaan manusia yang menjadikan manusia ini unik dan lebih hebat serta halus penciptaannya dari makhluk lain. Nafsu merupakan sejenis alat yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk kegunaan manusia hidup di muka bumi ini dengan fungsi tersendirinya mengisi kekosongan manusia dengan keinginan. 

Cuba bayangkan jika kita hidup tanpa nafsu, sedang akal menerima bahawa hidup ini hanya sementara dan kelak kita akan mati. maka kita akan hidup kepada tujuan kita (mati) tanpa keinginan hidup seperti seharusnya dibumi. Maka amat adillah Allah membekalkan kita dengan nafsu sebagai 'pemanis' kehidupan di dunia ini.

Nafsu adalah masalah

Jika kita imbau kembali nafsu adalah masalah dari awal penciptaannya lagi, berbuat sesuka hatinya dan amat liar, tetapi itulah ciri2nya yang menjadikan ia lain dari ciptaan Allah yang lain. Nafsu kalau tidak dididik ke arah kejahatan pun, dia tetap terdorong ke arah kejahatan. Allah telah nyatakan di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan." (Yusuf: 53)

Perlu difahami bahawa tidak adil dalam memandang nafsu itu sebagai sesuatu yang buruk atau negatif sahaja kerana ia turut memiliki sifat yang baik.

Nafsu yang mulia akan membawa manusia kearah kebaikan dan kebajikan serta mengenal tuhan penciptanya sedangkan nafsu yang hina akan membawa manusia kearah keburukan dan kerosakan serta bertuhan kepadanya. Nafsu yang negatif harus dibendung, dididik dan di' up-grade 'kan kepada nafsu yang positif yang melayakkan kita menerima title "sebaik-baik kejadian".


Peringkat Nafsu dan ciri-cirinya

Secara ringkasnya peringkat-peringkat itu ada 3 iaitu ammarah, lawwamah dan muthmainnah seperti yang disebutkan Al-Quran. Ulama yang arif dalam ilmu tasauf kemudiannya mengkategorikan semula  nafsu ini kepada 7 peringkat yang perlu dilalui oleh manusia:-

1.Nafsu Ammarah @ Tirani

2.Nafsu Lawwamah @ Penuh Penyesalan

3.Nafsu Mulhamah @ Terilham

4.Nafsu Muthmainnah @ Tenteram

5.Nafsu Radliyyah @ Redha

6.Nafsu Mardliyyah @ Diredhai Tuhan

7.Nafsu Kamilah @ Suci

Peringkat-peringkat nafsu ini dapat dicapai dengan riadhah dalam amalan secara berterusan dibawah bimbingan seorang mursyid, dan ia wajib dinaik tarafkan agar alat ini menjadi lebih berguna kepada manusia dan tidak sebaliknya.


1. Nafsu Ammarah @ Nafsu Tirani

Nafsu pertama yang harus ditakluki yang cenderung mengajak manusia kepada perkara negatif. Ciri-cirinya adalah seperti iri hati, dengki, takbur, pemarah, sombong dengan kemewahan dan mencari nama untuk kepentingan diri sendiri.

Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, "Saya anak jantan." Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.



2. Nafsu Lawwamah @ Nafsu Penuh Penyesalan

Ciri-cirinya adalah suka akan perbuatan baik tetapi masih lagi melakukan maksiat, suka membantah pada nilai-nilai positif dan suka menceritakan kebaikan diri sendiri agar dikagumi oleh orang lain. Sifatnya hampir sama dengan peringkat pertama namun ada perbezaan walaupun hanya sedikit.

Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasa kesal dengan din sendiri. Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Ada kalanya buat jahat sehingga dikenakan hukuman dalam penjara. Janji tidak buat lagi tapi buat juga. Rasa sedih lagi dan buat jahat bukan kerana seronok tapi lemah melawan nafsu. Walaupun sudah niat tidak mahu buat lagi dan sudah serik, namun terbuat juga lagi. Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi. Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya.


3. Nafsu Mulhamah @ Nafsu Terilham

Merupakan hasil positif dari penaklukan dua peringkat nafsu sebelumnya. Ciri-ciri positifnya adalah sabar, bersikap tenang, pemurah, merasa bersyukur dan suka mengajak orang lain untuk berbuat kebajikan serta beramal baik.

Erti pada lafaz ialah nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya. Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin. Oleh kerana barn dididik, ibarat orang berjalan hendak menyeberang dan melintas jalan yang di tengah-tengah ada benteng, dia sudah berada di atas benteng. Ertinya dia sudah di atas sempadan (border).

Kalau tidak ada ribut atau ujian, jika mati insyaAllah selamat. Sebab sudah di atas border tapi belum sampai ke seberang. Namun masih dalam bahaya kerana apabila datang ribut, dia mungkin berbalik semula. Atau bila ujian datang, walaupun tidak jatuh tetapi sudah mula goyang. Orang di atas border ini tidak dikatakan tenang, masih dalam keadaan bahaya. Baru diberi ilham. Bila sudah sampai ke seberang barulah, masuk kawasan selamat dan barulah dikatakan tenang.

4. Nafsu Mutmainnah @ Nafsu Tenteram

Nafsu yang memiliki ciri-ciri mulia seperti tawakal, murah hati, suka mensyukuri nikmat tuhan meskipun hanya sebahagian kecil atau sederhana dan sabar atas bencana. Impak positif dari nafsu peringkat ini adalah munculnya sifat-sifat arif bijaksana manusia.

Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat oleh sihat atau sakit, orang hina atau orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya. Orang ini sudah menjadi wali kecil, sudah naik di atas border orang soleh. Nafsu peringkat ini sudah sampai ke kawasan selamat, tidak tergugat lagi.

Maka Tuhan mengalu-alukan ketibaannya, dengan ayat:
Maksudnya: "Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kernbalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)

Dari ayat ini, seolah-olah Tuhan tidak sabar hendak menyambut tetamu-Nya: "Mari-mari, cepat-cepat Aku tidak sabar, Aku hendak jumpa engkau ini."

Kemudian, dalam ayat tadi, Tuhan berfirman:
Maksudnya: "Kembalilah dalam keadaan redha kepada Aku, dan Aku redha dengan engkau." (Al Fajr: 28)

Tuhan mengalu-alukan dan kalau mati pada waktu itu, dia selamat. Oleh kerana dia sudah selamat, sebab itulah Tuhan menyeru. Manakala bagi orang yang nafsunya belum selamat, dia akan mati dalam keadaan jikalau Tuhan hendak azab pun boleh, hendak diampunkan pun boleh.

Semuanya atas sebab keadilan Tuhan. Kalau kita hendak mengharapkan kekuatan diri sendiri, bimbang tidak selamat. Sebab itu kita mesti mencari kekuatan lain. Di antaranya perbanyakkan selawat, berbuat baik, bertawasul dengan guru-guru dan lain-lain, mudah-mudahan itu menyelamatkan. Allah berfirman:
Maksudnya: "Bergaullah dengan hamba-hamba-Ku (iaitu para rasul, para nabi dan wali-wali), dan masuklah ke Syurga. Ku." (Al Fajr: 29-30)
Ertinya, cari-carilah sebab untuk mendapatkan rahmat dan Allah SWT. Bila mencapai peringkat nafsu mutmainnah, baruĂ‚¬lah selamat. Nafsu-nafsu di bawah daripada peringkat itu tidak selamat.


5. Nafsu Radhiah @ Nafsu Redha

Dengan munculnya sifat-sifat kebijaksanaan maka seseorang itu akan dapat memanjat peringkat ke 5 ini. Ciri-ciri seseorang yang berada diperingkat nasfu ini adalah hidupnya diabdikan sepenuhnya hanya kepada tuhan, takut kepada tuhan bukan sebagai tuhan yang menyiksakan, tetapi kerana sifat Rahman dan Rahim-Nya

Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia me redhai apa sahaja yang Allah takdirkan kepadanya. Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di maqam ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi. Nafsunya sudah jadi malaikat.


6. Nafsu Mardhiah @ Nafsu Diredhai Tuhan

Peringkat dimana jiwa sentiasa dihiasi dengan kesucian, kemuliaan dan kesempurnaan. Baik perkataan mahupun perbuatan, semuanya diredhai tuhan kerana jiwa, hati, perasaan, gerak-geri, penglihatan, pendengaran, dan perjalanan hanya untuk-Nya. Pada peringkat ini, seseorang insyaalah dapat memiliki kehebatan dan keistimewaan luar biasa.

Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: "Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan."
Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.


Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: "Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan."
Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.


7. Nafsu Kamilah @ Nafsu Suci 

Merupakan peringkat tertinggi dari segala peringkat nafsu. Nafsu ini hanya dimiliki oleh para rasul, nabi.

Nafsu peringkat ke-5, ke-6 dan ke-7 adalah darjat atau peningkatan kepada nafsu mutmainnah tadi. Bagi nafsu kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke makam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya setakat peringkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.


Maka menjadi kewajipan kita mendidik nafsu yang hina ini kepada mulia dan bukan kita membuang terus elemen yang dianggap sebagai masalah kepada kita untuk taat perintah Allah, kerana ia punya fungsinya yang tersendiri yang menjadikan kita ini manusia dengannya dan ia menjadi alat yang bermanfaat kepada manusia dan tidak sebaliknya.

Caranya adalah seperti yang telah banyak dianjurkan oleh mereka yang punya basirah (mata hati) iaitu dengan mujahadah dalam amalan secara berterusan dengan dibimbing oleh mereka yang sudah melalui serta lepas praktikalnya mendidik nafsu dan mendiami makam nafsu peringkat tinggi . Hal ini adalah bertepatan dengan sunnah nabi s.a.w dan para sahabat di mana baginda bimbing oleh malaikat jibrail dan kemudiannya baginda membimbing para sahabat. Maka bimbingan mursyid ini adalah amat perlu untuk kita belajar mendidik nafsu yang merupakan jihad terbesar kita di dalam hidup sementara ini seperti yang telah dinyatakan oleh baginda s.a.w dalam menuju redha Ilahi.

Rahim Allah yang pelik

lokasi bukit tursina



"maha suci engkau ya Allah, aku bertaubat kepadamu dan  aku orang yang pertama-tama beriman". 

Demikianlah kata-kata nabi Allah musa sebaik sahaja terjaga dari pengsannya diatas bukit tursina akibat melihat akan cahaya Allah yang dipintanya. Dengan Rahimnya Allah nabi musa diselamatkan buat sekian kalinya dari bahaya ujub yang melandanya kerana kedudukan dan kelebihannya selaku manusia terhebat zamannya yang membolehkannya berkata langsung dengan Allah. Dari hal itulah maka dia meminta suatu yang tidak pernah diminta oleh nabi2 sebelumnya iaitu melihat akan wajah Allah secara terus.


"musa berdoa : ya tuhanku, ampunilah aku da saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, dan Engkaulah yg Maha penyayang diantara para penyayang"

- Al-A'raf 151-

nabi musa memanjatkat doa tersebut setelah sedar dari kemarahan lantaran melihat kaum yang ditinggal dan diamanahkannya kepada nabi harun sesat menyembah patung anak lembu. Amarahnya itu menyebabkan dia membaling luh-luh (taurat) yg baru sahaja diterimanya di puncak tursina dan turut menyebabkan dia berkasar (akibat salah faham) kepada saudaranya Nabi Harun a.s. 

Maha Suci Allah yg memakbulkan doa nabi musa a.s. dan memasukkan mereka yang bertaqwa kedalam rahmatnya setelah mereka bertaubat dan kembali beriman kepada Allah Taala, dan sesungghnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

"sesudah amarah musa menjadi reda, lalu diambilnya kembali luh-luh(taurat) itu, dan didalam tulisannya terdapat petunjuk dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepada tuhannya"

- Al-A'raf 154-



Dosa sebagai penyedar

begitulah yang sebutkan Allah kepada baginda nabi saw dalam sepotong hadith qudsi yang mafhumnya:

dia (Allah) mentakdirkan manusia ini berdosa adalah semata2 untuk mengelakkan manusia terjebak kedalam dosa yang lebih besar yakni syirik kecil (ujub&takabbur).

begitulah kasihnya Allah kepada hambanya sehingga dia menjaga kita dari suatu bencana besar yang tidak kita sedari (ujub & takabbur), dengan mentakdirkan manusia berbuat dosa dan hasil dari dosa tersebut manusia itu merasa hina, rendah serta lemah setelah dia sedar dan bertaubat dari dosanya itu.

maka cubalah bayangkan jika terdapat manusia yang tidak berdosa (tidak melakukan sebarang kesalahan) dan hidup sepertinya malaikat yang senantiasa taat, sudah tentu manusia itu bakal merampas akan selendang kebesaran Allah secara tidak sedar dan berakhir dengan kesesatan sepertinya yang berlaku kepada azazil. Oleh kerana itu ditakdirkan semua manusia itu melakukan kesalahan dan berdosa termasuk para ambia a.s. . Cumanya para ambia itu adalah makhluk yang Allah telah sucikan kesalahan mereka dan terbimbing terus dariNya, maka jadilah mereka maksum. Sesungguhnya para ambia adalah makhluk yang paling banyak memohon ampun dari Allah dan yang paling takutkan Allah.

maka sedarlah bahawa bukan kerana dosamu yang kemudian kau disumbat kedalam neraka dan bukan kerana taatmu kemudian kau dianugerahi syurga melainkan kerana adilnya Allah kau dicampak ke neraka dan kerana rahmatnya Allah kau dikurnia syurga.


 

sufiharaki

Mengajak anda dalam lebih teliti dan halus dalam aspek beragama dan menyampaikan masej dakwah ilAllah, kerana sesungguhnya Islam tidak akan dapat mencapai kegemilangannya kembali melainkan dengan cara ia mencapai kegemilangannya pada masa lalu iaitu dengan benar-benar menuruti sunnah baginda Rasul s.a.w

Usage Policies